Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bersatu Digugurkan Ahli Gabungan GRS – Dr. Ongkili

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Datuk Seri Dr. Maximus Ongkkili mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan sebagai Ahli Badan Gabungan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Senerio terbaru itu katanya tidak mengugat kedudukan  Datuk Seri Hajiji Noor  sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS.

Dr. Ongkili yang merupakan Timbalan Pengerusi GRS, dalam satu kenyataan pada Ahad berkata:

“Saya selaku Timbalan Pengerusi GRS telah mempengerusikan satu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS pada 9 Disember lalu.

“Dalam mesyuarat itu telah mengekalkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS dan menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

Dr. Ongkili berkata, merujuk kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Sabtu bahawa beliau atau partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau.

Sebelum itu, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu menegaskan bahawa Bersatu adalah parti pengasas GRS di mana menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah Badan Gabungan itu.

Beliau selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah memaklumkan bahawa partinya itu sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).

 

 482 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.