KENINGAU (Sabah, Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdl berkata, rakyat di negara ini seharusnya bersyukur kerana hidup dalam suasana harmoni dalam kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan.

Katanya, kehebatan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum dan kepercayaan sangat istimewa dan tidak berlaku di negara-negara yang lain.
“Kehebatan ini boleh dilihat di Sabah, negeri di bawah bayu .. ini lah matlamat kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan gagasan rahmatan LiL ‘alamin,”
“Kerajaan Sabah mendokong serta menyokong gagasan murni ini,” Katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Kembara Malaysia Rahmahtan 2019 di sini.
Teks ucapan Shafie disampaikan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidil Moktar.
Shafie berkata, bahawa konsep rahmatan LiL ‘Alamin yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan bertujuan untuk dihayati dan dipraktikan oleh rakyat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini.
Katanya, gagasan itu bukan sesuatu yang baharu dan bukan ajaran baharu tetapi telah dipraktikan lebih 1441 tahun yang lalu oleh junjungan Nabi Muhamad.
“Berlaku perkembangan dunia yang amat mencabar selepas kewafatan Rasulullah S.A.W .. lahirnya pelbagai mazhab, pandangan yang bertentangan dengan aqidah Islam.
“Terdapat sebahagian umat Islam yang memahami agama atau kehidupan beragama seolah-olah terpisah dengan kehidupan,” Katanya dan menambah konsep itu diperkenalkan untuk menyatupadukan umat Islam pada ketika itu yang berhadapan dengan pelbagai tekanan.
Shafie berkata, penganjuran program seumpama itu di Sabah dengan pemilihan daerah Keningau sebagai lokasi bagi peringkat negeri Sabah sangat sesuai dan memberikan pelbagai menafaat kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
“Ia membolehkan masyarakat di kawasan pedalaman berpeluang untuk memahami dan menghayati gagasan ini secara dekat dan jelas,” Katanya.
Beliau turu tmengesa supaya lebih banyak Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) khususnya bank serta golongan korporat supaya membayar zakat, bagi membolehkan lebih banyak program dilaksanakan di negeri bawah bayu itu.