KENINGAU (Sabah, Malaysia): Menangi lebih banyak pingat, kata Presiden Persatuan Karate Sabah Datuk Jake Jikulin Nointen.

“Apabila anda bertarung dengan semangat kesukanan yang tinggi, tidak mustahil untuk menang,” Jelasnya ketika melakukan lawatan ke Pusat Latihan Atlet Karate Sukan Sabah (SAGA) Ke-9 Keningau hari ini.
Karate Saga Keningau mensasarkan pungutan 3 pingat emas pada SAGA Ke- 9 ini, dengan menyandarkan 7 atlet untuk menggalas tugasan mencabar itu.
Atlet Karate Saga Keningau terdiri daripada Mohd Zuhair Zulkifli Zainal, Muhammad Waie Sidik, Josvin Jase, Amirah Syahirah Azlan, Gail Michelle Evamgelo, Alvin Oliver Embon dan Ahlil Afdhal Ahmat.
Jake yang merupakan Ketua Kontenjen bagi Karate Saga Keningau menyerahkan Pakaian Sukan kepada atlet itu yang turut disaksikan oleh Pengurus Pasukan Karate Saga Keningau Martini Wasbin serta Fredolin Alaxious.
1,611 total views, 1 views today