Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Blueprint bahan makanan mapan, organic, hijau dan sihat sedang disiapkan – Junz

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) — Datuk Junz Wong berkata, kementeriannya sedang menyiapkan blueprint yang mana memberi tumpuan kepada pengeluaran bahan makanan yang mampan, organik, hijau dan sihat.

Junz (kiri) menyempurnakan pelancaran ‘soft launch’ Sabah Agro Run 2019 bersama Rakam (kanan)

Katanya, usaha kerjasama dengan pelbagai pihak untuk penggalakkan penanaman sayur secara organik khususnya di Kundasang sedang giat dijalankan.

“Kita mengalu-alukan usaha mana-mana pihak bagi membantu memberi kesederan tentang pentingnya keselamatan makanan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyempurnakan ‘Soft Lunch”_Sabah Agro Run 2019 di Wisma Pertanian hari ini.

Sabah Agro Run 2019_ yang bertemakan *_Go Green Go Health_* merupakan sebuah acara larian yang bakal diadakan di Padang Pekan Tuaran pada 26 Oktober 2019. 

Acara itu mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) yang bertujuan  memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kesihatan bermula daripada permakanan yang baik. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu berkata, usaha menggalakkan pengurangan bahan kimia untuk kawalan penyakit dan makhluk perosak juga sedang dipantau dan dipertingkatkan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rakam Sijim ketika ditemui berharap agar peserta larian dan masyarakat dapat memahami hasrat MAFI yang mahu menggalakkan pertanian sihat yang akhirnya memberi kebaikan terhadap permakanan kita.

Rakam menyatakan penghargaan terhadap kesediaan MAFI untuk bekerjasama dengan pihak swasta yang mahu menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat dan memberi impak yang positif terhadap kerajaan.

 _Sabah Agro Run 2019_ ini menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan pelbagai cabutan bertuah termasuk seekor kambing setiap seorang untuk 2 orang pemenang bertuah. 

Larian yang turut mendapat kerjasama Nestle dan agensi di bawah MAFI boleh disertai secara atas talian di laman web bit.ly/agrorun2019.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.