TENOM (Sabah, Malaysia) — Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yakin dengan terlaksana projek mega Hidro Telekosang di daerah Kecil Kemabong akan merubah landskap pembangunan di daerah itu selain turut merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

TERIMA..Jamawi menerima dokumen taklimat mengenai projek tersebut dari wakil syarikat Powercina semasa majlis tersebut.
Beliau berkata projek yang bernilai RM 450 juta itu akan dilaksanakan tidak lama lagi dimana selain dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat ianya juga dapat meningkatkan kemudahan asas khususnya bekalan elektrik di negeri ini khususnya di daerah kecil Kemabong
Disamping itu tambah beliau ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan belia di daerah Tenom dan Kemabong.
” Saya telah meminta kontraktor utama projek ini agar memberikan peluang kepada golongan belia khususnya dari daerah ini untuk diambil berkerja dalam syarikat mereka” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dan taklimat dari kontraktor Powerchina.Ca di pejabat Pusat khidmat ADUN Kemabong di sini kemarin.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan beliau juga turut meminta kontraktor induk yang melaksanakan projek ini agar memberikan ruang dan peluang kepada kontraktor kontraktor kecil tempatan untuk Sub Kontraktor bagi kerja kerja kecil.
” Untuk tujuan ini saya berharap kontraktor kecil tempatan yang berdaftar di Kemabong dan Tenom diberikan keutamaan” katanya
Menurut Jamawi lagi kontraktor pelaksana juga akan mengadakan sesi taklimat bersama MPKK/KK dan pemimpin masyarakat di daerah kecil Kemabong yang akan diadakan di Dewan Sri Antoros bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat perjalanan dan keselamatan projek ini nanti .