Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

BN atau Warisan menang PRK Kimanis?

0

ANALISA PRK KIMANIS

SIAPA bertuah miliki Kimanis? Spekulasi memberitahu bahawa Warisan menang besar, dan ramai yang begitu optimis bahawa BN mengunguli Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Mohamad Alamin
Datuk Karim Bujang

Mari kita buat kira-kira;

Parlimen Kimanis yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut mempunyai jumlah pengundi seramai 29,644 orang, terbahagi kepada 63.16 peratus atau 18,736 Bumiputera Islam, 9,099  atau 30.67 pertus Bumiputera Bukan Islam, 1,064 atau 3.59 peratus pengundi Tionghua dan  2.58 peratus atau 765 pengundi lain-lain bangsa.

Statistik itu menunjukkan seramai 12,276 atau 41.38 peratus pengundi berumur 21 hingga 40 tahun, 12,261 pengundi atau 41.33 peratus berumur 41 hingga 60 tahun dan seramai 5,127 atau 17,28 peratus pengundi berumur 61 tahun ke atas.

Credit infografic Suara Merdeka

Berdasarkan jangkaan sekurang-kurangnya 70 peratus atau 20,750 pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian hari ini.

Kajiselidik  kedua-dua  pihak, Warisan dan BN masing-masing menjangkakan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus.

Jika disemak peratusan keluar mengundi berdasarkan 70 peratus yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada  Pilahan Raya Umum (PRU) 14, menunjukkan BN memperolehi 8,359 undi sementara Warisan 8,250 undi.

Jika fakta ini berulang pada PRK Kimanis, memberi petunjuk bahawa BN akan memperolehi kemenangan di kawasan itu? Mungkin kah begitu?

Budaya politik Sabah mencatatkan peratusan pembangkang memenangi pilihanraya terlalu sedikit, kecuali Datuk Joseph Pairin Kitingan (Sekarang Tan Sri) di Tambunan pada Tahun 1984 dan DAP di Sandakan pada suatu ketika dahulu.

Warisan mempunyai harapan untuk menang PRK Kimanis jika budaya politik Sabah itu masih relevan untuk mengetepikan slogan ‘Ubah Balik’ yang dicanang begitu kuat oleh jentera pilihanraya BN.

Kedua-dua pihak, Warisan dan BN masing-masing memiliki strategi politik yang kuat sepanjang tempoh 14 hari berkempen yang menyaksikan pelbagai perasa isu dirungkai.

Warisan dalam siri kempennya memberitahu kepada pengundi bahawa BN sepanjang lebih 50 tahun pemerintahannya gagal membawa pembangunan kepada Sabah, selain membangkitkan isu 1MDB dan mantan Perdana Menteri Najib perompak.

BN menyajikan Pas Sementara Sabah (PSS) sebagai ‘Muka Depan’ kempennya yang jelas begitu ampuh dan berkesan untuk memikat perhatian pengundi.

Apa pun berlaku, keputusan PRK Kimanis amat penting kepada kedua-dua parti kerana ia merupakan satu-satunya password sebagai laluan ke PRU-15 yng akan datang.

Jika Warisan menang, ini bermakna parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal akan terus berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi selepas PRU-15, sebaliknya laluan untuk parti-parti blok pembangkang akan mengambil alih tampuk kerajaan Sabah dengan mudah jika Kimanis milik mereka pada PRK ini.

Warisan Menang atau BN Menang. Mari sama-sama tunggu!

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.