Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

BN beri khidmat cemerlang terbaik kepada rakyat — Zahid

0

KAPIT (Sarawak, Malaysia): Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjuangan Barisan prn sarawakNasional (BN) menjurus kepada kesinambungan perkhidmatan cemerlang secara berpanjangan dalam soal memajukan kawade hazlansan luar Bandar yang merangkumi bidang pendidikan.

“Ini lah budaya BN dalam memberi perkhidmatan cemarlang dan terbaik kepada rakyat,” katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dilangsungkan di Rumah Panjang Emak Libau, Nanga Antaroh di Sungai Sut pada Isnin (25 April 2016).

“Kita memberi peluang pendidikan supaya anak-anak kita maju agar boleh meningkatkan kehidupan keluarga … dan satu hari nanti menjadi professional yang membawa pembangunan ke kawasan kita,” tambahnya.

Bersama di majlis itu ialah Wakil Rakyat Parlimen Kapit – Datuk Alexander Nanta Linggi, yang merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Calon BN baGI DUN Pelagus – Wilson Nyabong Igang turut berada di majlis itu.

Zahid mengajak rakyat Sarawak supaya bersatu untuk memastikan kemenangan pasukan Tok Nan (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem).

Di majlis itu Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM195,000 untuk membaik pulih Rumah Panjang Emak Libau yang terletak 30 Km dari sini untuk memberi menafaat kepada seramai39 keluarga di situ. – Oleh: DG HENRY.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.