Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PKR cabar Adenan di DUN Tanjung Datu dalam pertarungan satu lawan satu

0

KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, prn sarawakdicabar oleh calon PKR – Jazolkipli Numan di DUN Tanjung Datu, dalam pertembungan satu lawan satu.IMG-20160425-WA0016

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjung Datu, Hamsien Atar selepas selesai proses penamaan calon yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Lundu pagi pada Isnin (25 April 2016).

Adenan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu bagi penggal ketiga – beliau memegang jawatan Ketua Menteri sejak 28 Febuari 2014, dan merupakan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bercakap kepada media selepas proses penamaan calon, Adenan optimis mempunyai peluang yang besar untuk mengekalkan jawatan berbanding pencabarnya daripada calon PKR.IMG-20160425-WA0046

“Berdasarkan rekod, saya menilai peluang pembangkang amat tipis. Saya fikir mereka hanya mahu mengalahkan saya tetapi tiada harapan untuk mereka menang kerusi ini,” jelasnya.

Adenan memperolehi majoriti 3,216 undi pada pilihanraya negeri 2011, mengalahkan calon PAS Nani Sahari dan Gilbert Asson Kulong yang bertanding atas tiket Bebas.

Bagi kerusi DUN Satok, Timbalan Presiden II PBB – Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mempertahankan kerusi itu selama lapan penggal sejak Tahun 1981 ditentang oleh calon PKR, Mohamad Salleh Shawakat Ali dalam persaingan satu lawan satu.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP/BN) – Datuk Sim Kui Hian akan mencabar penyandang kerusi DUN Bukit Kawah, yang dikuasai oleh DAP melalui Chiew Wang See dalam pertandingan tiga penjuru.

Bekas pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah, Liu Thian Leong bertanding diatas tiket Bebas sebagai pesaing ketiga di kawasan itu.    Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang pada ketika ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berentap satu lawan satu dengan Noel Chamggai Bucking dari parti PKR di DUN Bukit Saban.

Ini merupakan pertama kali Douglas bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri.    Penganalisa politik tempatan meramalkan peluang calon-calon BN untuk menang di kawasan masing-masing amat tinggi, dengan melihat senerio politik pembangkang yang berentap sesama sendiri.

Sebagai contoh di DUN Pujut,  DAP menurunkan Dr. Ting Tiong Choon dan dalam masa yang sama PAS turut berbuat demikian dengan meletakkan Jofri Jaraiee sebagai calon.

Calon BN bagi kawasan itu ialah seorang ahli perniagaan – Datuk Hii King Chiong daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Pada pilihanraya yang lalu, DUN Pujut dimenangi oleh calon DAP melalui calonya Fong Pau Teck, yang pada PRN-11 ini bertanding di atas tiket Bebas selepas dipecat pada November 2013 daripada parti itu diatas masalah displin.

Fong memperolehi majoriti 3,849 undi pada pilihanraya negeri yang lalu, dengan menewaskan calon BN Chia Chu Fatt.

Persaingan DAP, PKR dan Calon Bebas yang pada sebelum ini mengaku sebagai satu bumbung, tetapi berkonfrantasi pada PRN-11 memberi kelebihan kepada calon BN – Datuk Hii King Chiong untuk memenangi kawasan itu.

“Ia mungkin majoriti yang mudah, namun kemenangan kepada BN,” akui penganalisis politik. – Oleh: DG HENRY.

  

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.