Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

BN menang 72 kerusi, Adenan angkat sumpah KM Sarawak

0

KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula dengan memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang ditandingi pada PRN-11.08052016 - gambar adenan angkat sumpah

Adenan yang juga dikenali rakyat sebagai Tok Nan mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak – Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri pada malam Sabtu (7 Mei 2016).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional (BN) Sarawak turut hadir di majlis angkat sumpah itu.

Adenan mempertahankan kerusi Tanjung Datu untuk penggal ke-10, menewaskan calon PKR Jazolkipli dengan majority 5,892 undi.

PRN-11 merupakan kali pertama Adenan mengetuai pilihan raya bagi negeri itu, menyaksikan kemenangan besar bagi BN di bumi kenyelang itu.

Analisa Borneo Digest pada Khamis meramalkan BN memenangi lebih 70 kerusi pada PRN-11 Sarawak dan menawan sekurang-kurangnya empat kerusi pembangkang. Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, seluruh calon BN serta rakyat Sarawak yang telah membuat pilihan yang bijak.– Oleh: DG HENRY.

 

 242 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.