KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Abidin Supardi mengesahkan mayat pertama mangsa tragedi helicopter di tebing Sungai Batang Lupar, Sebuyau sebagai jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Noriah Kasnon.
Setiausaha sulit Timbalan Menteri itu membuat pengesahan kepada petugas media selepas menziarahi jenezah tersebut di Hospital Umum Sarawak di sini.
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak turut menziarahi jenazah Timbalan Menteri itu kira-kira jam 4.30 petang pada Jumaat (6 Mei 2016).
Suami Noriah – Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar – Datuk Wan Mohammad Khair iL Anuar Wan Ahmad yang merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Maaysia, Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Pengawal Peribadi Noriah – Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina – Rudolf Rex Ragas turut menaiki helicopter jenis Eurocopter AS350 itu.
Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas rasmi berkaitan kementeriannya sepanjang pilihanraya Sarawak yang ke – 11, dan dalam penerbangan dari Betong menghala ke Kucing kira-kira jam 4.12 petang. – Oleh: DG HENRY.