Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SMK Nabawan juara rugbi

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan menjuarai buat julung kali pertandingan rugbi selepas menumpaskan SMK Tambunan 37 berbalas 5, melalui persembahan yang sangat sengit.rugbi nabawan

Pasukan pelawat SMK Tambunan bersyukur dengan kedudukan tempat kedua di kejohanan rugbi antara sekolah menengah pedalaman atas.

Sebelum ini sekolah berkenaan tidak pernah berpeluang untuk mara ke pusingan akhir, apa yang disifatkan oleh Pengetua sekolah itu – Henry Anandan sesuatu yang sangat mengembirakan.

“Kami Berjaya akhirnya,” katanya kepada media dan menekankan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen yang dipersembahkan oleh guru-guru serta jurulatih sekolah itu.

Anandan mahu supaya kejuaraan itu dipertahankan pada masa-masa hadapan.

Kejohanan itu menyaksikan dua pasukan mara ke pusingan akhir selepas pasukan-paskan lain tidak menyertai kejohanan tahunan itu. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.