Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Buang undi PRK P176 Kimanis 18 Jan 2020

0

PUTRAJAYA (Malaysia): Pilihan Raya Kecil (PRK)  Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020, Kata Pengerusi Suruhajaya Piliha Raya (SPR) Datuk Azizan Harun.

Azizan memberitahu bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari, manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari 2020.

Beliau memberitahu bahawa tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 17 Januari 2020.

Katanya, tarikh buka dan tutup permohonan undi pos pengundi dalam dan luar negara adalah 16 Disember sehingga 2 Januari 2020.

Borang daftar pemilih boleh dibeli daripada pejabat SPR mulai 26 Disember ini.

“Anggaran kos bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini adalah berjumlah RM3.6 juta,” Katanya dalam satu persidangan berita di Menara SPR hari ini, dan menambah pusat penjumlahan undi yang telah ditetapkan ialah di Dewan Datuk Seri Pangima Haji Mohd Dun Banir di Beaufort.

Seramai 653 petugas dilantik bagi mengandalikan proses Pilihan Raya Kecil itu, manakala sebanyak 20 buah pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 69 saluran akan digunakan.

Daftar pemilih yang akan digunakan adalah sehingga suku tahun ketiga bagi Tahun 2019 yang dikemaskini sehingga 9 Disember 2019.

“Daftar itu mengandungi 29,664 orang pengundi yang terdiri daripada 29,654 orang biasa, Sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir,” katanya.

Pilihan Raya Kecil P179 Kimanis diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas yang mengistiharkan kemenangan Datuk Seri Anifa Aman pada PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Anifa memperolehi 11,942 undi dalam tiga pertandingan tiga penjuru diantara calon Parti Warisan (Warisan) Datuk Karim Bujang yang memperolehi 11,786 undi, manakala seorang lagi calon Jaafar Ismail daripada Parti Harapan Rakyat Sabah mendapat 1,300 undi.

Kerusi P 176 Kimanis merangkumi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.