KIMANIS (Sabah, Malaysia): Datuk Seri Bung Mokthar mengesahkan bahawa UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, dan memberitahu telah mengenal pasti beberapa nama yang berpotensi untuk dicalonkan.
Perhubungan Umno Sabah pula tidak menolak kemungkinan Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin antara senerai nama teratas, selain nama Datuk Seri Anifa Aman turut dipertimbangkan sekiranya bekas Menteri Luar Malaysia itu bersedia untuk kembali ke pangkuan parti itu.
Mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Datuk Christina Liew, turut sebulat suara memberi laluan kepada Parti WARISAN pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal untuk meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu.
Komponen PH yang lain seperti DAP, AMANAH dan BERSATU turut memberi sokongan kepada sesiapa juga calon WARISAN yang bertuah sebagai calon di kawasan itu.
Kenyataan-kenyataan di atas memberitahu kepada rakyat bahawa dua parti seteru, Umno dan Warisan mempunyai kesibukan tersendiri untuk memilih calon-calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat tengahari hari ini (16 Disember 2019 mengumumkan fakta-fatkta pilihanraya bagi kawasan yang sangat sensasi selepas PRU-14 berikutan keputusannnya membabitkan pengadilan mahkamah.
Pembuangan undi bagi PRK Kimanis yang akan diadakan pada 18 Januari 2020 memberitahu kepada umum bahawa, Warisan dan Umno sekali lagi berentap sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang berbaki 36 bulan lagi.
Pilihan Raya Umum (PRU) 14 calon BN/Umno Datuk Seri Anifa Aman memperolehi 11,942 undi, menewaskan calon Parti Warisan Datuk Karim Bujang dengan kelebihan undi 156.
Karim mengutip 11,786 undi, selain seorang lagi calon dari Parti Harapan Rakyat Jaafar Ismail sekadar memperolehi 1,300 undi.
Secara fizikalnya Anifa menang tipis di kawasan yang didomanasi oleh pengundi Bumiputera Islam (BI), tetapi Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Khas bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Kimanis sebagai tidak sah dan batal.
Parlimen Kimanis mempunyai jumlah pemilih seramai 29,664 yang merangkumi DUN Bongawan dan DUN Membakut.
DUN Bongawan diwakili oleh Dr. Daud Yusof (Warisan), sementara Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili DUN Membakut (Umno), kini (Bersatu).
Siapa calon Warisan yang bertuah mewakili Kimanis? Terlalu banyak analisis ‘Pro dan Kontra’ yang menjadi tajuk-tajuk berita kedai kopi, di tamu, di pasar hatta pengundi di kampung-kampung tidak ketinggalan untuk mengutarkan pandangan dan cadangan.
Umno sudah tentu akan menggunakan amalan konvensional untuk memilih calon, dan jika ini berlaku Datuk Mohamad Alamin sekali lagi turun ke gelanggang untuk mengebarkan bendera keramat parti Umno.
Alamin merupakan bekas ADUN Bongawan pada PRU-13, tetapi tewas kepada calon Parti Warisan Dr. Daud Yusof pada PRU-14 dengan kelebihan 795 undi.
Parti Warisan?! Sudah tentu Datuk Seri Shafie menggunakan elektabilitas yang semaksimanya untuk mencatatkan nama calon di diari birunya.
Orang kampung dikalangan pemilih Kadazandusun dan Murut (KDM) memberitahu bahawa mereka mempunyai asas yang kuat untuk menyokong Dr. Daud Yusof sebagai calon PRK Kimanis.
Dr. Daud merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Wakil Rakyat Bongawan yang pemilihnya didomaniasi dikalangan rakyat yang terlibat dalam bidang pertanian, nelayan serta perniagaan kecil-kecilan.
Lulusan Institut Pertanian Bogor, Dr. Daud merupakan genius pertanian yang terlibat secara langsung dalam pembentukan dasar pertanian negeri sebelum terjun ke arena politik pada PRU-14 lepas.
“Calon PRK Kimanis harus memenuhi kreteria pengundi, memiliki keterampilan dan popular dalam persekitaran kloni,” Ini pendapat sebahagian besar pengundi DUN Bongawan dan Membakut.
Isu terkini di Bongawan dan Membakut ialah mengenai tanah pertanian terbiar, kemelut golongan nelayan, peluang pekerajaan serta masalah-masalah sosial yang melanda golongan belia.
Rakyat merungut mengenai rekod kerja pemimpn terdahulu yang mereka sifatkan terlalu banyak kegagalan dan kelemahan.
“Tidak banyak yang mereka lakukan untuk kawasan Kimanis ini,” Pengkuan ini dibuat oleh golongan nelayan yang ditemui.
Rekod pilihan raya memberitahu bahawa, Datuk Karim Bujang mewakili Bongawan (Umno/BN) selama lima penggal sejak tahun 1990, Mohamad Alamin (Umno/BN) satu penggal dan Datuk Seri Anifa Aman mewakili rakyat di situ diperingkat Parlimen.
“Projek penanaman padi Kampung Bunal yang terbiar lebih berpuluh tahun hanya berjaya dilaksanakan oleh Dr. Daud Yusof (Wakil Rakyat Bongawan),”
“Dan sebab itu kenapa kami mahu dia (Dr. Daud) mewakili kami di Parlimen,” Luah seorang petani yang ditemui di Kampung Kinolosodon.
Bongawan merekodkan kawasan tanah pertanian terbiar yang luas di Parlimen Kimanis, meliputi 500 ekar yang sudah termasuk dalam Pelan Perancangan Pembangunan yang disediakan oleh Wakil Rakyat Bongawan.
Pemilihan calon PRK Kimanis memerlukan elektabilitas yang tepat dengan mengambil kira demografi politik kawasan secara konsesus.
“Perlu menyelak catatan rekod lama dan baharu,” Ini pesenan pemilih Kimanis kepada Shafie.
Penganalisis politik pula menekankan bahawa aspirasi pemilih kawasan perlu diberi markah paling tinggi dalam mencari jawapan tepat, siapa calon Warisan boleh menang di PRK Kimanis.
Dalil seterusnya; Pemimpin yang sangat layak sebagai calon PRK Kimanis ialah individu yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dan pengundi di kedua-dua DUN — Membakut dan Bongawan yang merupakan password bagi membuka laluan untuk menang di PRK Kimanis.
Adakah diantara mereka Dr. Daud Yusof atau Datuk Karim Bujang? Shafie pelu bijak bagi memastikan PRK Kimanis bukan PRK Tanjung Piai.
PRK Kimanis bukan golombang biasa, tetapi ombak ditahap bahaya yang akan menyaksikan seteru politik akan membentuk ‘Blok Pembangkan’ tahap maksima.
layout PRK Kimanis merupakan ‘kata kunci’ sama ada Ketua Menteri Sabah kekal atau bertukar pada PRU-15.
Fikir-fikirkan.