Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Buat seks dalam kereta hingga terbalik 

Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula

0

LONDON: Sepasang kekasih terpaksa diselamatkan oleh pejalan kaki selepas kenderaan mereka terbalik ketika melakukan hubungan intim.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Brad Sadler, 18, berkata, dia dan kekasihnya meletakkan kenderaan berdekatan restoran makanan segera, lapor The Sun.

Kenderaan jenis Toyota Yaris itu kemudian dibiarkan dalam keadaan menyala dengan memasang muzik di dalam kereta itu.

Selepas itu, Sadler dan pasangannya melompat ke kerusi bahagian belakang dan melakukan hubungan seks tanpa menyedari brek tangan kereta itu sudah rosak.

Disebabkan itu, kenderaan tersebut tiba-tiba meluncur turun ke tepi bukit sebelum terbalik.

Sementara itu, Sadler berkata, dia dan kekasihnya terperangkap selama 15 minit sebelum dua pejalan kaki melalui kawasan itu.

Dia kemudian menyerahkan kunci kereta kepada individu tersebut dan segera mengeluarkan dirinya dan kekasihnya melalui bonet kereta dalam keadaan telanjang.

Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula.

Polis Derbyshire (London) menjelaskan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian yang sangat melucukan itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut.

 

 

 355 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.