Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Budaya Murut wujudkan pembelajaran unik dan kondusif di sekolah

0

TENOM (Sabah, Malaysia): Hiasan keunikan dan kreativiti bercirikan hiasan budaya suku kaum Murut dengan gabungan hiasan moden yang dihasilkan oleh para warga pendidik dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru PIBG di Sekolah Kebangsaan (SK) Tilis telah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan unik.rahmajan sampaikan sumbangan

Ketua wanita umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata,usaha ini perlu dicontohi oleh sekolah-sekolah lain di negara ini dalam memperkasakan mutu pendidikan lebih efisyen.

Katanya, hiasan berkenaan bukan sahaja memberi keselesaan dan suasana baharu kepada murid apabila berada di dalam kelas akan tetapi mampu menarik minat para pelancong luar dan dalam dari negara untuk melihat sendiri keunikan hiasan yang belum pernah dihasilkan mana-mana sekolah.

“Saya amat kagum dengan kerjasama dan semangat tinggi yang ditunjukan oleh warga disekolah ini walaupun sekolah ini dikategori sebagai sekolah kurang murid dan jauh daripada bandar” katanya kepada media pada majlis anugerah kecemerlangan Graduasi Murid Tahun Enam 2015 dan perasmian 1 kelas 1 Komuniti di sekolah itu di sini.

Beliau mencadangkan akan membawa pihak berkaitan untuk melihat sendiri keunikan yang ada di sekolah ini kerana ia perlu diketahui pihak umum mengenai usaha yang dihasilkan oleh warga sekolah ini.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom Azlan Dimon berkata, melalui penghasilan yang dilakukan oleh warga sekolah ini sememangnya sesuatu yang  amat mengkagumkan dan perlu dicontohi warga sekolah yang lain.

“Pihak pengurusan sekolah telah berjaya memberikan kefahaman yang cukup tinggi kepada komuniti disini kuhsusnya  ibubapa tentang pembelajaran berkenaan dan ini memberikan satu peluang kepada anak-anak disini untuk meneruskan kecemerlangan” katanya.

Guru Besar sekolah itu Faizal Fadzil berkata, program yang dilaksanakan ini adalah semata-mata untuk mewujudkan satu bilik pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak murid di sekolah ini.

Katanya, apabila wujudnya susana pembelajaran yang kondusif  akan memungkin murid lebih berminat untuk datang ke sekolah dan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar dan berdaya  bersaing.

Yang Dipertua  PIBG disekolah ini Yambaris Muli pula berkata,  program itu timbul daripada slogan yang telah diwar-warkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah  kerana beliau mahu program ini dapat direalisasikan dalam memartabatkan lagi pendidikan di sekolah ini.

“Kami bersyukur atas kerjasama yang telah kami tunjukkan di sekolah ini kerana begitu kuat daripada anggota PIBG di sini kerana mereka menganggap  kerja ini adalah satu kerja berpasukan tanpa mengira waktu malam atau siang sehingga program ini berjaya” jelasnya.

Selain menghiasi setiap bilik darjah dengan hiasan tradisional.Sekolah ini juga mempunyai satu lagi tarikan iaitu sebuah rumah balai budaya yang unik dengan berdindingkan kulit kayu dan berlantaikan batang kayu dan bambu yang dibina oleh para warga pendidik dan PIBG di sekolah ini bagi menyimpan segala hasil barangan kraftangan dan peralatan yang telah diinovasikan.

Terdahulu berucap pada majlis ini, Rahmahjan mengingatkan para ibubapa yang berada diluar bandar agar memastikan anak masing-masing mendapat pendidikan yang sempurna.

Beliau juga mahu para ibubapa tidak menjadikan kemiskinan  sebagai alasan untuk tidak menyekolahkan anak masing-masing.

Pada program ini,  Rahmahjan turut menyumbang sejumlah RM30,000 kepada pengurusan sekolah dan PIBG di SK.Tilis  dan SK.Kuala Tomani untuk keggunaan pelbagai aktiviti sekolah selain turut menyumbang sejumlah RM 5,000 kepada Kontijen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tenom yang akan bertanding ke kejohanan sukan peringkat negeri di Sandakan nanti.

Hadir sama Naib Ketua Bahagian UMNO Tenom Juli Malik Hussin,Ketua Perhubungan Parlimen Tenom Ampalang Payu dan Presiden Kesatuan Guru Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Hussin Basir. — MA.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.