Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Armada Bersatu Keningau Laksana Gerak Kerja

0

ARMADA Bersatu Keningau laksanakan gerak kerja membantu mudahkan urusan para peniaga tempatan dan membantu mereka yang memerlukan.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Armada BERSATU Bahagian Keningau, Rafie Robert itu, telah melawat tapak cadangan Taman Rekreasi Awam Kampung Minansut, melawat seorang mangsa tanah runtuh di Kampung Matanoi dan melawat Gerai Mumbaya Kampung Merampong.

Rafie berkata bagi lawatan di tapak cadangan Taman Rekreasi Awam Kampung Minansut, Bingkor Keningau adalah bagi melawat kawasan tersebut yang sangat strategik untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan dan rekreasi.

Katanya, apabila kawasan itu sudah dibangunkan, pasti ianya membolehkan penduduk setempat dapat menjana ekonomi melalui jualan produk masing-masing.

Manakala, lawatan ke rumah seorang mangsa tanah runtuh di Kampung Matanoi, Elvethus Juakim, berikutan kejadian hujan lebat berpanjangan sebelum ini telah dibantu dengan menanggung kos jentera untuk membersihkan tanah yang menutupi kawasan rumah dan sekitar taman yang tertimbus tanah runtuh.

Jelasnya, tanah runtuh tersebut juga telah mengakibatkan kerugian hampir RM 20,000 setelah kawasan hiasan dan landskap taman, haiwan peliharaan seperti burung eksotik, haiwan eksotik dan ikan hiasan musnah akibat tertimbus tanah.

Sementara itu bagi lawatan ke Gerai Mumbaya, Kampung Merampong, di sini, beliau telah menyumbangkan dua buah tangki air, cecair pembasmi kuman serta pelitup hidung dan mulut kepada peniaga gerai.

“Sumbangan-sumbangan ini bagi membantu memudahkan aktiviti perniagaan mereka dan bagi memastikan gerai dapat terus dibuka agar mereka mempunyai sumber pendapatan ketika krisis kesihatan kini.

“Saya turut menyeru kepada para peniaga untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 agar gerai mereka dapat terus beroperasi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa.

 211 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.