Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penduduk Kg. Sinaron tagih janji

0
SIPIN

SOOK: Sipin Bin Sayang mendakwa mempunyai asas yang kuat untuk menuding jari kepada sebuah syarikat pembinaan jalanraya di Kg. Sinaron, apa yang beliau sifatkan bersuara untuk menuntut keadilan.

“Semua ini bermula apabila syarikat pembinaan itu memungkiri janji,” Katanya  baru-baru ini.

Sipin berkata, syarikat yang terlibat dengan pembinaan jalan di Kawasan itu telah berjanji untuk menaik taraf atau mengaspal jalan mengelilingi perkampung Sinaron, dengan terma memberi kebenaran pengambilan batu pasir di dua batang sungai, Sinaron dan Labau yang menjadi hak milik penduduk.

Bagaimana pun dakwa Sipin, syarikat terbabit berdolak dalik untuk menunaikan janji mereka dengan memberikan pelbagai alasan.

“Keadaan ini mengakibatkan laluan keliling perkampungan sejauh 1,200 meter becak Ketika hujandan sesetengah kenderaan kecil tidak dapat melalui Kawasan itu,” Jelas Sipin.

Sipin yang merupakan mantan Ketua Kampung mahu kerajaan supaya campurtangan untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Jalan keliling kampung ini (Sinaron) tidak pernah diselenggara sejak lebih 40 tahun,” Katanya.

Beliau telah merujuk masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Daerah Kecil Sook dan wakil rakyat Tulid nemun sehingga sekarang tidak ada sebarang reaksi.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.