Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Cawangan Parti Warisan Kg. Susulat Pensiangan bubar, ahli sertai KDM

Ketua wiranita dan penerangan warisan Pensiangan turut meletak jawatan dan menyertai KDM

0

Oleh DG HENRY

Pengerak utama Warisan Pensiangan Edward Kandok mengisi borang keahlian parti KDM dihadapan Naib Presiden KDM Martin Tommy

SAH cawangan parti Warisan Sabah Kg. Susalat Pensiangan bubar, menyaksikan sokongan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal merundum di kawasan pedalaman Sabah.

Kg. Susulat merupakan lokasi dimana  parti itu bertapak di kawasan Pensiangan pada Disember 2016.

Mantan Naib Peresiden parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony pengerak parti itu di Bahagian Pensiangan.

“Ahli Warisan di cawangan ini (Susulat) beralih sokongan kepada parti KDM,” mantan Pemimpin Pembangunan (PPM) Sook, Edward Kandok memberitahu The Borneo Digest dalam satu kenyataan.

Ketua Wiranita Pensiangan Alice Jusit, Ketua Penerangan pergerakan itu Jacey Jusit serta eramai 60 orang ahli-ahli cawangan itu turut meletak jawatan dan mengalihkan sokongan kepada parti pimpinan Datuk Peter Anthony.

Pembubaran cawangan parti Warisan Sabah itu disaksikan oleh Naib Presiden Parti KDM Martin Tommy.

 

 

 

 1,064 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.