Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pelancongan dan pertanian fokus KUWANIS tahun 2022 – Redzuan

0

Oleh EKOK AMIN

MOHD REDZUAN ALIM

MULAI tahun ini Koperasi Usahawan Bumiputera Berhad (KUWANIS) memberi tumpuan kepada usahawan yang terlibat dalam aktiviti pelancongan dan pertanian.

Pengerusinya, Mohd Redzuan Alim berkata, koperasi itu akan mengwujudkan beberapa tapak yang lebih menarik dan berpotensi untuk pembangunan dua bidang tersebut.

“Kita juga akan memperkasakan aktiviti pengumpulan hasil tani untuk pasaran domestic dan luar negara,”.

“Usaha untuk mengetengahkan hasil produk milik anggota untuk diberi pengiktirafan dan persijilan berkaitan juga dalam tumpuan,” katanya.

Redzuan memberitahu koperasi itu akan memastikan produk-produk yang dihasilkan oleh anggotanya mendapatkan pasaran di luar negara.

Beliau memberitahu, sehingga November tahun lalu koperasi itu mempunyai keahlian seramai 250 orang di seluruh negeri dan berjaya mengumpul modal saham sebanyak RM50,000.

Katanya, modal saham itu akan digunakan untuk membantu ahlinya bagi mencergaskan aktiviti perniagaan yang diceburi.

“Kuwanis juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa agensi pembiaya seperti Tekun yang turut sebagai pemangkin keahlian koperasi itu,”.

“Kuwanis sangat berharap supaya hubungan baik dengan Tekun berkekalan dalam membantu anggota-anggota koperasi ini,” Tambahnya.

Pada sabtu lepas koperasi itu menambahkan keahlian seramai 40 orang lagi di Nabawan.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.