Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Piala Sabah terima penajaan jersi jenama Lotto

0

Oleh EKOK AMIN

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Sabah 2022 menerima penajaan jersi jenama Lotto dan majlis penyerahan jersi tersebut diadakan di Pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di sini, baru-baru ini.

Jersi-jersi tersebut diserahkan Abd Razak Harun, yang mewakili jenama Lotto kepada penasihat kejohanan, Datuk Kassim Razali.

Kassim yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri mengucapkan terima kasih atas penajaan tersebut sekali gus ia dapat membantu menjayakan penganjuran Piala Sabah 2022.

Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA yang menganjurkan kejohanan itu telah memainkan peranan mereka bagi memastikan kejohanan berjalan lancar dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak.

“Kita berharap Piala Sabah 2022 menjadi salah satu platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, selaku penasihat kejohanan itu, pihaknya juga berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana telah berusaha untuk menjayakan kejohanan itu sejak dari pertandingan di peringkat zon lagi.

Beliau berharap Piala Sabah 2022 akan terus berjalan lancar dan mencapai matlamat penganjurannya.

Perlawanan akhir akan menyaksikan kelibat pasukan Tuaran yang akan menentang pasukan Tawau di Stadium Likas.

Upacara penutupan kejohanan akan dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan seterusnya akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama pada majlis penyerahaan jersi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar, timbalannya, Lokman Sunggim, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat,

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.