Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Datuk Masiung arah Kekal Mewah bina jambatan kongkrit sungai Monson

0

KUAMUT (Sabah, Malaysia): Datuk Masiung Banah mahu syarikat Kekal Mewah membina sebatang jambatan kongkrit, untuk mengganitkan jambatan kayu yang merentangi Sungai Monson, apa yang beliau sifatkan hanya menunggu masa menyembah bumi.

“Sediakan perutukan khas,” katanya ketika meninjau situasi semasa jambatan yang merupakan nadi utama kepada ratusan penduduk Kg. Entilibon.12042016 - masiung banah - 4

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berkata, pemilik konsesi jalan ke kampong itu seharusnya peka dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ.

Masiung mahu tindakan mengantikan jambatan itu dilaksanakan dengan segera.

Di satu majlis berasingan, Wakil Rakyat Kuamut itu mengajak rakyat di Kg. Sumunduh supaya memperkasakan perpaduan yang sedia wujud dikalangan penduduk di situ.

“Keutamaan kita ialah untuk memastikan perpaduan semua rakyat di sini dapat dipertahankan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Semerak Kasih Jiran Sekampung’ anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Timur dengan Pejabat Wakil Rakyat N. 47 Kuamut.

Majlis itu dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kg. Sumunduh.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.