Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Banjir kilat di Keningau, SK Biah tidak ditutup — PPD

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Tidak ada sekolah ditutup di Keningau – jelas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Masly Wahip kepada Borneo Digest.

Penjelasan itu dibuat berikutan penyebaran khabar angin kononnya SK Rancangan Biah Keningau ditutup, berikutan banjir kilat melanda di daerah itu ekoran  hujan yang turun sepanjang 24 jam sejak petang pada Isnin.IMG-20160412-WA0072

Masly berkata kepada wartawan bahawa hanya berlaku penyusutan kehadiran murid, namun keadaan terkawal.

Beberapa kawasan tanah rata ditengelami banjir berikutan limpahan air seawal subuh pada selasa (12 April 2016), tetapi keadaan kembali pulih lewat pada tengahari.

“Sungai Biah, Susuon di Dalit dan Panagatan Ulu di Trans Pegalan naik secara mendadak,” menurut Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Keningau, Abu Hassan Nawawi.

Nawawi menasihatkan penduduk yang mengungsi di kawasan berisiko banjir agar mengambil langkah berjaga-jaga, atau sebaiknya berpindah di kawasan yang selamat sebelum keadaan yang tidak diingini terjadi.

Di Nabawan dan Tenom tidak ada laporan banjir berlaku, tetapi kedua-dua Pegawai Daerah berkenaan – Fredian Gan (Nabawan) dan Madiyem Layapan (Tenom) mengesahkan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah telah diaktifkan.

Di Kg. Kalampun, seorang pelajar Tahun 5 SK Dalit nyaris maut apabila lehernya terjerut dengan kabel eletrik daripada salah sebatang tiang yang hampir runtuh disebabkan hakisan sungai, ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.

Pengerusi JKKK kampong itu, Jaini Gambar memberitahu, pelajar itu dalam perjalanan ke sekolah. – Oleh: KALAWON SALANGIT

 

 

 613 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.