Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Missi Everest Molina Sc Andom

0

TIDAK ramai manusia yang Berjaya menawan Gunung Everest – gunung tertinggi di dunia, kerana ia menempuh pelbagai laluan maut, sama ada dalam perjalanan mendaki atau ketika menuruni gunung itu, justeru manusia yang berjaya menepakkan kaki di puncak adalah mereka yang terhebat di dunia.molina andom-12

Memiliki kekuatan minda luar biasa, tenaga fizikal serta pemusatan matlamat yang semaksimanya merupakan rashia pendaki-pendaki Everest.

Molina Sc Andom, gadis Murut pertama yang menjejakkan kaki di Everest, adalah diantara manusia yang terhebat di dunia.

Hari ini, anak gadis berasal dari Tenom Sabah itu sedang bertungkus lumus untuk memacakkan bendera Sabah di puncak Sagarmatha atau ‘dahi langit’ itu.

molina andom-3Borneo Digest dan seluruh pembaca akhbar maya ini mendoakan semoga Tuhan memudahkan segala urusan pendakian Molina serta pasukannya ke puncak 29,029 kaki (8,848 M) itu.

Seluruh rakyat Sabah berbangga dengan pencapaian terhebat gadis ini.

Diseneraikan dibawah fakta ringkas yang dikongsi untuk renungan seluruh pembaca Borneo Digest di seluruh dunia.

  1. Rakyat Malaysia yang pertama berjaya menawan Everest: N. Mohandas dan M.Magendran.
  2. Pendaki termuda dari Asia Tenggara: Mohamed Muqarabin dari Malaysia – 23 tahun
  3. Pendakian pertama: Edmund Hillary – 1953
  4. Wanita pertama berjaya mendaki: Junko Tabei dari Jepun – 1975
  5. Mendaki Menggunakan Basikal: Goran Krop – Dari Kanada – 1993
  6. Orang kurang upaya pertama: Tom Whittaker – 1998.
  7. Paling muda: Tembe Tsheri – Mendaki pada usia 15 tahun.
  8. Paling tua: Yuichiro Miura – 70 tahun 222 hari.
  9. Paling pantas sampai ke puncak: Pemba Dorjie Sherpa – 8 jam 10 min – 2004
  10. Everest mempunyai 2 laluan memanjat iaitu dari Nepal dan dari Tibet.
  11. Ada teori menunjukkan Everest semakin tinggi disebabkan pergerakkan plak tektonik.
  12. Cuaca yang ekstrim boleh menyebabkan tangan dan jari- jari membeku. Sebab itu ramai pendaki yang kehilangan jari akibat masalah frost.
  13. 1.3% yang mendaki Everest menemui ajal.
  14. Hanya terdapat 36% Oksigen di puncak Everest.
  15. 212 orang pendaki Everest maut sejak 1921 hingga 2006.
  16. Kaum Murut pertama yang menjejakkan kaki di Everest – Molina Sc Andom. – Oleh: DG HENRY dan ROSANNA EDEZA

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.