PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sebanyak 21 bakul makanan kepada pengamal media di Keningau (Pedalaman Sabah, Malaysia), sebagai penghargaan diatas pengorbanan dan kerja keras membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.
“Mereka (pengamal media) sebahagian barisan hadapan.. kerajaan menghargai tugas mereka,” Katanya.
Ketua Biro Agama Islam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili Robert untuk menyampaikan bakul-baku lmakanan itu kepada Persatuan Wartawan Keningau (KJA) dan Portal News The Borneo Digest.
Robert berkata, selain sebahagian barisan hadapan, sumbangan yang beliau berikan itu merupakan terjemahan keperihatinan beliau terhadap jasa dan perkhidmatan pengamal media dalam menyampaikan berita dan maklumat yang sahih kepada masyarakat mengenai penularan Covid-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor itu berkata, beliau sentiasa terbuka dan menerima teguran, khususnya keluhan rakyat yang diterbitkan melalui media yang memperolehinya daripada sumber lapangan.
Katanya, media dengan fungsinya melaporkan berita tanpa berat sebelah.
Sementara itu Presiden KJA Marutin Ansiung dan Editor-in-Chief The Borneo Digest Mohd Khairy Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan pemimpin di kawasan yang sentiasa menghargai peranan media. — Disunting oleh: EKOK AMIN