PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh keputusan kerajaan negeri melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemangku Setiausaha Agung parti itu Richard Kastum berkata, parti itu percaya keputusan itu telah mengambil kira semua faktor termasuklah jumlah kes yang dicatatkan rendah di Sabah berbanding dengan Negeri lain dan keperluan untuk kembali memulihkan ekonomi negeri Sabah serta membantu mereka yang terputus pendapatan sepanjang PKP dikuatkuasakan.
“Kami berdiri teguh menyokong keputusan kerajaan negeri … kerajaan Persekutuan seharusnya memahami intipati keputusan itu yang lebih menjurus untuk kelangsungan hidup rakyat,”
“Pemulihan ekonomi perlu digerakkan pada masa ini dengan tidak membelakangkan pematuhan SOP,” Katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Richard bagaimana pun menjelaskan, kelonggaran SOP baharu seharusnya dilaksanakan dengan format yang lebih berkesan untuk memastikan masyarakat dan premis perniagaan wajib pematuhan.
PBRS juga berharap Program Vaksinasi terus dipercepatkan dan bekalan vaksin yang mencukupi dapat disalurkan dengan segera ke negeri itu (Sabah).