Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Skuad Komuniti Perihatin sambut baik cadangan KM Sabah

0

PERSATUAN Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Sabah untuk melakukan agihan 10,000 buah komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor pada 6 Jun 2021.

Pemberian komputer riba itu  membabitkan pelajar – pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pada penghujung tahun ini dan akan mula diagihkan bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.

Pengerusi Skuad KPS, Mohd Taufik Ismail berkata ini adalah satu inisiatif  kerajaan negeri dalam membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk tidak ketinggalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh PdPR yang tidak menentu akibat Pandemik Covid-19 ini. Selain itu, KPS mengharapkan pemberian komputer riba ini diberikan kepada pelajar yang benar layak melalui pemilihan kriteria yang telah ditetapkan.

kerajaan negeri dan kementerian yang terlibat perlu mengemaskini data e-kasih miskin tegar dengan lebih efisien agar dapat melicinkan lagi proses pengagihan bantuan kepada rakyat dengan telus dan adil.

Dengan pemberian komputer riba ini, pelajar harus menggunakannya dengan baik  serta dapat membantu dalam apa jua aktiviti yang berfaedah seperti menghasilkan bahan bermaklumat di media sosial  atau sekiranya berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kelak. – Oleh: ABANG JOE

 

 

 

 214 total views,  5 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.