Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dr. Daud ucap terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah

0

BEAUFORT (Sabah, Malaysia): Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir di Membakut.

DR DAUD YUSOF

Daud berkata, pengumuman itu merupakan berita gembira kepada seluruh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir.

“Bagi pihak rakyat, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri,” Katanya di sini, hari ini.

Pagi hari ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta daripada Kerajaan Persekutan untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir di Membakut.

Shafie berkata peruntukan diluluskan dalam Pelan Pusingan Keempat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) itu akan dilaksanakan dalam RMK12 (2021-2025) sebaik kajian mengenainya selesai, termasuk mengenal pasti masalah sealin menyediakan langkah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Katanya, kajian melibatkan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut merangkumi empat batang sungai lain seperti Sungai Membakut, Damit, Terusan dan Binsulok.

Shafie melawat mangsa banjir Beaufort dan Membakut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Salagon pagi hari ini.

Daud ketika diminta reaksi di lokasi itu memberitahu bahawa tebatan banjir itu amat penting dalam memastikan masalah banjir yang sering melanda Membakut termasuk kawasan-kawasan berhampiran seperti Kimanis, Kuala Penyu dan Beaufort dapat diatasi dengan lebih berkesan.

“Dengan ada tebatan itu membolehkan saliran air lancar,” Katanya dan menambah masalah yang membelenggu penduduk sejak sekian lamanya dapat diselesaikan.

Dr. Daud meninjau keadaan mangsa di Pusat Pemindahan

Daud yang merupakan Wakil Rakyat Bongawan turut gembira dengan cadangan                kerajaan untuk mengwujudkan kawasan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memudahkan pengurusan mangsa banjir tanpa menganggu bangunan-bangunan sedia ada seperti sekolah dan sebagainya.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa banjir di beberapa kampung di Beaufort dan Membangkut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon kekal seperti kelmarin iaitu seramai 448 orang daripada 160 keluarga, melibatkan sebanyak 17 kampung bagi kedua-dua daerah yang terjejas banjir.

Beberapa hari lepas Daud turut melawat kawasan terjejas di Membakut selain menemui mangsa-mangsa di pusat itu.

Wakil Rakyat itu memberitahu bahawa beliau sangat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat dan akan berusaha sedayanya untuk mencari kaedah bagi membantu mereka.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.