Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saga laluan ke Sukma — Phoong

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe menyeru atlet-atlet yang terpilih untuk mewakili negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2020 di Johor agar melipatgandakan latihan dan komitmen untuk menyerlah lebih jauh sebagai laluan ke Sukan Asia (SEA) dan sukan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Keputusan rasmi SAGA Ke-9

Katanya, pencapaian atlet Rayzamshah Wan Sofian, anak kelahiran Keningau perlu dicontohi khususnya mengenai kegigihannya beraksi tanpa putus asa dalam arena sukan sehingga ke peringkat Asia.

“Rayzamshah memenangi emas dalam dua kejohanan Sukan Asia dan empat perak .. atlet kebangsaan Sabah ini merupakan anak jati Keningau dari Kampung Pasir Putih dan baharu sahaja kembali dari Sukan SEA, New Clark City Filipina,” Katanya ketika berucak di majlis Penutupan Sukan Sabah Kesembilan di sini, hari ini.

Phoong berharap supaya pencapaian seperti itu terus dipertingkatkan demi memertabatkan Sabah sebagai ‘Kuasa Sukan Malaysia’.

Katanya, sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada kemajuan sukan di negeri itu, tanggungjawab beliau adalah untuk memastikan Sabah di landasan yang tepat untuk memastikan Sabah pada masa hadapan kembali sebagai penguasa sukan di negara ini sebagaimana yang pernah dicatatkan pada suatu masa dahulu.

Phoong merakamkan ucapan tahniah kepada pemecah rekod kejohanan khususnya Hizillawaty Jamain dari kontinjen Keningau yang berjaya memecah record acara 800 meter, Farell Glen Felix  atlet dari Tawau yang turut memecahkan rekod baharu  melalui acara  lompat tinggi lelaki dengan lompatan 2.05 meter mengatasi rekod lama iaitu 1.98 meter.

Kontinjen Kota Kinabalu Juara Saga

Beliau turut memuji Nobenecka Pinalus juga dari Keningau yang mencipta rekod baharu dalam acara lempar cekera wanita, dan Feova Lim yang turut memecahkan rekod kejohanan acara lompat jauh wanita.

“Catatan-catatan rekod baharu ini memberi keyakinan kepada saya bahawa Sabah sangat berpotensi untuk mencipta sejarah di Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 nanti,” Katanya.

Mengenai  temasya sukan itu, Fhoong berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan Sukan Sabah Kesembilan 2019 walau pun terdapat sedikit sebanyak kelemahan.

Katanya,, komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pihak untuk memastikan sepanjang seminggu temasya sukan itu berjalan perlu diberi penghargaan.

“Terima kasih atas keperihatinan jawatankuasa pelaksana khususnya tuan rumah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan,” Katanya.

Phoong turut merakamkan pujian ke atas kontinjen Kalabakan yang berjaya membawa pulang 3 emas, 2 perak dan 5 pingat gangsa, walaupun pertama kali menyertai temasya sukan Sabah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.