Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Emas 110 meter berpagar milik Ridzwan dan Angela

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Pingat emas acara 110 meter berpagar lelaki dan wanita SAGA ke IX 2019 Keningau yang berlangsung di Kompleks Sukan Nabawan hari ini masing-masing digondol oleh Muhammad Ridzwan Radil dan Angel Angelna Condrod Mool. 

Muhammad Ridzwan mencatat masa 14.95 dan Angel Angelna (15.48 )masing-masing mewakili Tenom dan Tambunan.

Tempat kedua dan ketiga 110 meter lari berpagar lelaki masing-masing di sandang oleh Muhammad Nazrul Mohd Ali dari Tawau  (15.16s)dan Yetlear Daini dari Keningau (15.94s).

Sementara itu tempat kedua dan ketiga bagi 110 meter lari berpagar wanita jatuh kepada Halimatul Saadia Mohammed Raja Tawau (15.56s)dan Vianeyvanu Junin dari Sipitang (15.90s).

Tiada rekod baru dicatat dalam acara ini, walau bagaimanapun kedua-dua juara pertama kali menjuarai acara tersebut.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.