BEIJING: Sekumpulan penyelidik mengisytiharkan mamalia berkaitan manatee yang dikenali sebagai dugong, telah pupus di China.
Lapor BBC, hanya tiga penduduk yang tinggal di tepi pantai di China yang mengesan dugong dalam tempoh lima tahun.
Para penyelidik mendapati kepupusan itu disebabkan aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan dan kemalangan membabitkan kapal di laut.
Bagaimanapun, dugong masih wujud di perairan lain tetapi turut berdepan ancaman yang sama.
Ketua penyelidik kajian, Prof. Samuel Turvey menggambarkan kepupusan dugong merupakan satu kehilangan besar di negara itu.
Kumpulan penyelidik dari Zoological Society of London dan Akademi Sains China menyemak semula semua rekod sejarah dugong di negara itu dan mendapati tiada penampakan haiwan itu oleh mana-mana saintis sejak 2000.
Hasil temuramah bersama 788 penduduk yang tinggal di kawasan tepi pantai mendapati majoriti tidak pernah melihat dugong selama 23 tahun.
“Ini menyebabkan pasukan penyelidik mengisytiharkan dugong pupus, bermakna ia tidak lagi mampu meneruskan kehidupan,” kata penyelidik bernama Heidi Ma.
Habitat dugong terletak berhampiran tepi pantai di China menyebabkan haiwan itu terdedah kepada pemburu yang mahukan kulit, tulang dan dagingnya.