MENTERI Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, isu penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak sangat membimbangkan.
Katanya, era dunia tanpa sempadan menyaksikan kemudahan gajet dan internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Katanya, dengan keterbukaan itu meletakkan manusia terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang membimbangkan.
Jesturu katanya, ibubapa perlu menanamkan kesederan mengenai wujudnya ‘cyber sek grooming’ (Pengantunan siber) melalui pelbagai medium di media sosial, selain memastikan kanak-kanak dilengkapkan dengan maklumat dan panduan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ir. Shahelmey berkata demikan ketika berucap merasmikan penutupan Majlis Program Pintar Gajet, Minda Sihat Daerah Beaufort di sini pada Selasa.
Teks ucapan Ir. Shahelmey disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng.
Ir. Shahelmey berkata, pendidikan mengenai anatomi badan dikalangan kanak-kanak adalah cara terbaik untuk mengajar anak-anak disamping penggunaan istilah yang bersesuaian.
“Degan cara ini saya yakin kanak-kanak dapat melindungi diri dengan lebih baik,” Jelasnya.
Mengenai program itu, Ir. Shahelmey berkata, media sosial dan teknologi maklumat telah mengubah cara manusia berintraksi, syugia jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan.
“Hanya dengan satu klik jaringan intraksi sosial membolehkan manusia berhubung dengan dengan orang lain tanpa mengira waktu,”.
“Keadaan ini sangat berbeza dengan generasi terdahulu yang hanya mengenal gajet dan teknologi pada usia dewasa,” Katanya.
Menteri itu berkata, anak-anak pada zaman sekarang terdedah kepada penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer pada usia yang sangat muda, malah tambahnya mereka lebih mahir menggunakan kemudahan-kemudahan itu berbanding orang dewasa.
“Kita menyedari wujudnya kesan negatif gajet dan alam siber kepada kanak-kanak seperti ketaksuban memiliki dan ketagihan penggunaannya.
“Menyedari situasi ini kementerian saya bersama PEMADAM telah bekerjasama untuk memberikan advokasi dan meningkatkan kesederan para pelajar termasuk guru-guru mengenai penggunaan media sosial yang beretika dan selamat dari aspek penggunaan.
Shahelmey berkata, era terkini menyedarkan semua pihak bahwa kesihatan mental semakin penting kerana tumpuan tidak lagi hanya kepada penyakit-penyakit mental seperti schizophrenia tetapi lebih kepada cabaran hidup yang berkait dengan kesejahteraan mental seperti stress, insomnia, kecelaruan dan kegelisahan.
Jestru katanya, program yang dianjurkan diharapkan agar dapat meningkatkan kesederan warga sekolah akan kepentingan kesihatan mental terutamanya kecelaruan emosi yang amat mencabar pada ketia ini.
“Harapan saya ialah saringan minda sihat akan membantu murid membina emosi yang stabil, berfikir secara sihat dan memiliki daya tahan kawalan kendiri.
Menteri itu mengingatkan masyarakat di daerah itu agar sentiasa beretika dan bijak memenafaatkan dunia maya.