Ewon cadang perincian pecahan kategori projek pra perlaksanaan
“Selain itu saya juga mencadangkan Makmal Intervensi projek-projek pra pelaksanaan yang memerlukan penilaian lebih terperinci".
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mencadangkan perincian pecahan kategori projek pra perlaksanaan (2013-2022).
Katanya, intipati perincian termasuk menyeneraikan projrk-projek yang ditangguh, dibatalkan, ditender semula, apa isu, cadangan keperluan, intervensi dan sasaran penyiapan setiap projek.
“Selain itu saya juga mencadangkan Makmal Intervensi projek-projek pra pelaksanaan yang memerlukan penilaian lebih terperinci.
“Pada bulan hadapan, mesyuarat ini akan memfokus kepada intervensi projek-projek pra pelaksanaan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di sini, Khamis.
Mesyuarat itu turut dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya bertujuan membincangkan intervensi bagi projek-projek berstatus pra-pelaksanaan termasuk yang belum dilaksanakan dari Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) sehingga Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK12).
Ewon berkata, dalam mesyuarat itu beberapa syor intervensi dan libat urus antara kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan.
“Pada bulan hadapan, mesyuarat ini akan memfokus kepada intervensi projek-projek pra pelaksanaan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, hari ini.
Dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan pada 7 Disember 2024, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Sri Fadillah Yusof telah meminta Ewon mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa intervensi ini supaya projek-projek dalam kategori pra-pelaksanaan di Sabah dapat dijayakan dengan berkesan.
Ewon menghargai komitmen semua ahli mesyuarat yang mahu saling melengkapkan amanah dan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan setiap projek pembangunan yang telah dirancang.
“Semoga usaha bersama ini membuahkan hasil yang cemerlang untuk manfaat rakyat dan negara,” katanya.
Katanya lagi, Kabinet Persekutuan telah memutuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) isu tapak setiap projek mesti diselesaikan sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13.
“Kerajaan negeri perlu mengambil iktibar daripada rancangan sedia ada dan saya mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengadakan pemukiman bersama semua kementerian, jabatan dan agensi sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13.
“Ini penting bagi mengelak masalah atau isu-isu sebelum ini seperti projek sakit, dibatalkan dan diitangguh berulang kembali,” katanya.
Dalam mesyuarat itu, Ewon turut menghargai komitmen Kerajaan Sabah khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang telah mengiklankan pengambilan 32 jurutera awam, 5 arkitek dan 108 penolong jurutera awam bagi memacu pelaksanaan projek-projek fizikal yang dipertanggungjawabkan kepada JKR Sabah susulan keputusan pengiktirafan sebagai jabatan teknikal bagi melaksanakan projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.