Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Iran sedia untuk perang panjang, tak macam AS, kata Ali Larijani

0

Ali Larijani. – Foto fail Reuters

TEHRAN: Iran menegaskan negara itu tidak memulakan perang dan angkatan bersenjatanya tidak melakukan sebarang serangan kecuali untuk mempertahankan diri, lapor Agensi Berita Asia Barat (WANA).

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani berkata, Iran juga bersedia menghadapi perang jangka panjang tidak seperti Amerika Syarikat (AS).

Beliau menulis perkara itu di akaun X semalam.

Menurutnya, seperti dalam tempoh 300 tahun lalu, Iran tidak pernah menjadi pihak yang memulakan perang.

Katanya, angkatan bersenjata Iran yang berani juga tidak menjalankan sebarang operasi kecuali untuk mempertahankan diri.

“Tanpa mengira kosnya, kami akan mempertahankan diri dan tamadun kami yang berusia 6,000 tahun dengan tegas.

“Kami akan membuat musuh kami menyesali kesilapan perkiraan mereka.

“Kami ingin menegaskan, kami bersedia untuk perang yang berpanjangan tidak seperti AS,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.