Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Serang Iran: Trump kecewa, kata PM UK, Keir Starmer ‘tak membantu langsung’

0

 

Donald Trump (kiri) dan Keir Starmer. – Foto Reuters

LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan hubungan antara negaranya dan United Kingdom (UK) tidak seperti dahulu lagi.

Ia susulan Perdana Menteri UK, Keir Starmer menolak permintaan AS untuk menggunakan pangkalan tentera Britain di Cyprus dalam menentang Iran.

“Starmer tidak membantu langsung. Saya tidak sangka akan melihat perkara itu. Saya tidak sangka UK akan berbuat begitu.

“Kami sayangkan UK,” katanya dalam satu wawancara bersama akhbar harian Britain, The Sun.

Trump berkata, dunia kini berubah dan hubungan antara kedua negara berbeza daripada sebelum ini.

“Dunia kini berbeza. Ia adalah jenis hubungan yang jauh berbeza daripada yang pernah kami ada dengan negara kamu sebelum ini,” katanya.

Trump pada Sabtu lalu memulakan ‘operasi pertempuran besar’ di Iran.

Beliau sebelum ini menghantar kapal perang dan berpuluh-puluh pesawat pejuang ke Asia Barat dan mempunyai beberapa pilihan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.