Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

6000 hadir sambutan Natal dan Tahun Baru Pakatan Harapan (PH) di Keningau

0

Lapoan Bersama,  ROSANNA EDEZA, JANUIN JONAD, CHRISTOPHER DOMINIC dan DOMINIC MERINGKING

Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick melawat Batu Sumpah Peringatan Malaysia di Keningau sebelum ke majlis Sambutan Tahun Baru dan Rumah Terbuka Hari Natal Pakatan Harapan (PH) Sabah di Keningau

GELOMBANG merah gegar pedalaman dengan kehadiran mencecah 6000 ahli kompenan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Pasisimpungan SIB Keningau pada sambutan Tahun Baru dan Rumah Terbuka Hari Natal Pakatan Harapan (PH) Sabah di Keningau.

Lautan manusia membanjiri bangunan dua tingkat Dewan Pasisimpungan SIB di tapak seluas tiga ekar di Jalan Airport, yang terdiri daripada pendukung ahli Upko, PKR, Dap dan Amanah, satu lampu hijau kebangkitan baharu  rakyat di Kawasan pedalaman yang mahu satu perubahan besar pada PRN akan datang.

“Siap siaga untuk bertempur,” rata-rata yang diminta reaksi menjawab, dan menambah mereka tidak sabar untuk meraih satu kehidupan baharu dibawah teraju kerajaan baharu yang memahami nadi rakyat.

Bermula di dataran Batu Sumpah Peringatan Keningau, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick yang meruapakan perasmi majlis gilang-gemilang itu diiiringi hampir 500 buah motosikal yang membawa bendera merah Pakatan Harapan.

Pemandu kenderaan yang menghala ke bandar Keningau turut membunyikan pengera sebagai sokongan kepada konvoi yang mengiringi Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia.

Laluan sepanjang jalan dari bulatan Pejabat Daerah Keningau hingga ke Jalan Aiport turut dipacak dengan ribuan bendera Pakatan Harapan.

Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zie, Timbalan Pengersi parti AMANAH Sabah Hashim Daris yang turut melalui laluan itu teruja dengan persiapan majlis itu.

Pengerusi majlis, Raymond Ahuaryang juga Naib Pengerusi PKR Sabah, Timbalan Pengerusi Datuk Laaurentius Nayan Ambu (Naib Pesiden Upko), Grelydia Gilod (DAP), Ketua Bahagian Upko Tenom Junik Bajit, Ketua Upko Sook (Pensiangan)  Mohd Khairy Abdullah @ Henry dan seluruh pimpinan majlis selayaknya diberi pujian diatas kejayaan majlis yang julung kali dianjurkan.

Sekumpulan ahli parti kompenan PH, Abidin Sumping (Upko Sook), Jasri Likud (PKR Keningau), Edwin Lokub (Amanah Pensiangan) menzahirkan keyakinan bahawa PRN akan datang menyaksikan kelebihan sokongan memihak kepada PH.

“Pekikiran politik pedalaman sudah jauh berubah … ini lah signifikannya terkini,” Jelas mereka.

Ketika menyampaikan ucapan, Raymond yang mewakili pimpinan PKR Sabah sependapat dengan Pengerusi DAP Sabah Phoong dan Timbalan Pengerusi parti Amanah Hashim yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah.

Sambutan gilang gemilang itu dianjurkan oleh kepimpinan PH Pedalaman Sabah meliputi kawasan Pensiangan. Tenom dan Keningau.

Terdahulu, Ewon mengetuai rombongan PH Sabah mengunjungi Batu Sumpah Peringatan Malaysia di Keningau sebagai simbolik penghayatan ke atas penubuhan Persekutuan Malaysia berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Empat ekor burung merpati dilepaskan sebagai simbolik demokrasi rakyat serta tanggungjawab keempat-empat parti komponen PH Sabah dalam membina masa depan rakyat yang lebih baik.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.