JAKARTA: Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Bersepadu (Gakkumdu) sedang menyiasat dakwaan kegiatan membeli dan menjual kertas undi pilihan raya Indonesia di Malaysia.
Pengerusi Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu), Rahmat Bagja yang mengesahkan perkara itu semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Ia masih dalam siasatan. Kami tidak boleh memberitahu anda sekarang,” katanya sambil menambah kes itu bermula dengan video yang tersebar dalam talian.
Memetik laporan portal berita ANTARA, Migrant CARE, sebuah pertubuhan masyarakat sivil yang menumpukan usaha memperjuangkan isu pekerja asing Indonesia, sebelum ini melaporkan kes itu kepada Bawaslu.
Pada 20 Februari lalu, kakitangan Migrant CARE, Muhammad Santosa, dilaporkan berkata broker menjual kertas undi yang diambil daripada peti surat di pangsapuri tempat tinggal warga Indonesia di Malaysia.
“Mereka sengaja menggeledah peti surat dan mengumpul kertas undi, meletakkannya di satu tempat,” katanya.