Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon sanggup korbankan cuti demi rakyatnya di Kadamaian

0

KOTA BELUD: Sanggup korbankan cuti demi rakyat, itulah yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang mahu terus berkhidmat kepada rakyat walaupun dalam tempoh berehat.

“Memang betul pada minggu ini saya telah memohon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, cuti rehat selama satu minggu untuk mengurus beberapa urusan keluarga yang tertangguh selama satu tahun lebih.

“Tetapi rakyat Kadamaian juga adalah keluarga saya, saya anggap ini juga adalah urusan keluarga saya pada hari ini,” katanya dan menambah, “Kepimpinan harus bermula dari rumah dan rumah saya adalah kawasan (DUN Kadamaian) yang telah memberikan mandat kepada saya. Sebab itu saya tangguhkan urusan sebenar saya pada hari ini untuk bersama-sama keluarga Kadamaian,” katanya.

Berucap pada Program Bersama Komuniti anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Perpaduan Negara di Kg Tengkurus, pada Rabu, Ewon yang merupakan Wakil Rakyat Kadamaian menegaskan, disamping keluarga rakyat adalah keutamaan beliau dan menekankan  semua program berkaitan penduduk Kadamaian adalah urusan keluarganya.

Sebelum itu beliau merasmikan Karnival Bahasa Kadazandusun Peringkat Negeri Sabah di Dewan Kadamaian Square Taginambur, kemudiannya meninjau kerja-kerja pembinaan Tamu Desa di Kg Gaur dan seterusnya meninjau kerja-kerja penaiktarafan Jalan Tengkurus – Lahanas dan Jalan Tambulaung – Podos.

Mengenai program anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa itu, Ewon berharap inisiatif ini dapat memupuk integrasi, perpaduan dan kebersamaan dalam rakyat majmuk Malaysia melalui penyertaan siswa-siswi bersama komunitu

“Saya berharap agar siswa siswi yang terlibat dalam progam ini dapat menjadikan pengalaman mereka berada di kampung pedalaman sebagai inspirasi dan motivasi bagi memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara.

“Saya turut menghargai sumbangan keluarga-keluarga angkat mereka serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat buah kampung yang terlibat dalam program ini.

“Dalam pertemuan saya dengan YSS beberapa bulan lepas, saya mencadangkan supaya mereka melaksanakan program ini di Kadamaian dan Moyog,” katanya.

Ewon turut menyalurkan peruntukan khas beliau sebagai menteri sebanyak RM50,000 kepada JKKK Kg Tengkurus untuk membaiki kerosakan paip graviti di kampung tersebut yang dilaksanakan oleh komuniti kampung.

Seramai 100 siswa siswi dari pelbagai universiti seluruh negara terlibat dalam program di Sabah yang dilaksanakan di DUN Kadamaian Kota Belud dan DUN Moyog Penampang.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.