TAMBUNAN (Sabah, Malaysia): Berjaya dalam sukan, Berjaya dalam bidng seni – fakta ini dibuktikan oleh Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, apabila diistiharkan sebagai juara Bintang RTM 2016 baru-Baru ini.
Gadis berketurunan Dusun yang berasal dari daerah Tambunan Sabah itu, menewaskan lima peserta lain melalui program yang disaksikan oleh jutaan penonton secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri.
Rosario membawa pulang hadiah RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.
Bekas juara tinju wanita Borneo kategiri 64 kg itu turut dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik yang membolehkan gadis dua bakat ini membawa pulang RM5,000.
Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian Leona Lewis manakala persembahan duet Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.
Rosario merupakan juara sugandoi peringkat negeri pada tahun 2014.
Seluruh Bangsa Dusun dan rakyat Sabah amnya berkongsi kegembiraan diatas kejayaan gadis istimewa ini.
Kami di Borneo Digest turut berbangga dengan anda.