Oleh: KALAWON SALANGIT
NABAWAN (Sabah, Mlaysia): Mesyuarat Umno Bahagain Pensiangan menzahirkan ketetapan untuk menolak deklarasi rakyat yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya berikrar untuk taat setia kepada Presiden parti itu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ketua parti itu di Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, ketetapan itu dibuat kerana menyedari bahawa institusi Presiden dan jawatan Perdana Menteri merupakan lambang keutuhan parti dan kerajaan.
“Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dipilih secara sah oleh rakyat, dan tidak ada kuasa dimana-mana untuk menjatuhkannya melainkan ia kehendak rakyat,” katanya dan menambah rakyat Malaysia masih memerlukannya unuk mengemudi negara ini.
Bahagian itu juga membuat ketetapan menyokong penuh perlantikan Dato’ Ser Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri selaku Naib Presiden yang diamanahkan untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden parti.
Minggu lalu Umno Bahagian Tenom mendahului menurunkan tandatangan taat setia kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Ghani memberitahu, dekelarasi rakyat yang diterajui Tun Mahathir adalah berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.
Justeru katanya, Umno Bahagian Pensiangan menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya deklarasi rakyat itu yang bertujuan mahu mengulingkan Perdana Menteri dan kerajaan secara tidak bertanggungjawab.
“Perbuatan sabotaj parti dan kerajaan oleh individu dan kumpulan kecil parti tidak boeh diterima oleh rakyat Pensiangan, dan ia merupakan satu pengkhianatan yang serius,” katanya.
Bahagian itu turut berikrar untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Musa Hj. Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah, serta barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia.
Umno Pensiangan turut mendesak dan menyokong penuh supaya Ahli Majlis Tertinggi Umno mengambil tindakan displin termasuk memecat keahlian mana-mana individu parti, tanpa mengira kedudukan dan jawatan yang bersokongkol dengan puak pembangkang yang turut terlibat menurunkan tangdatangan deklarasi rakyat itu.
Ketua Umno itu menekankan bahawa Umno perlu dibersihkan daripada individu yang bersifat ‘gunting dalam lipatan’, bagi memastikan tidak ada parasit yang menganggu pilihanraya umum yang ke-14.
“Tumpuan kita ialah untuk memperkasakan perpaduan ahli-ahli dalam parti untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkolompok cawangan Umno Bahagian Pensiangan yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Daerah Nabawan pada Sabtu (2 April 2016).
Bersama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Abie Wednes Gamboi, Naib Ketua Bahagian Ulin Datuk Pamiang, Setiausaha Bahagian Anthony Amin, Ketua Penerangan Sakim Ibrahim, Ketua pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman, Naib Ketua Wanita Umno Pensiangan Syamsiah Angkaus, Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin dan barisan kepimpinan Bahgaian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pensiangan.