Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki Filipina ditahan di kawasan perintah berkurung

0

TAWAU (Sabah, Malaysia): Tujuh orang lelaki dari Filipina ditahan pada Ahad (3 April 2016), kerana melanggar perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Lelaki berumur masing-masing 33 dan 52 tahun itu ditahan pada pukul 7.07 malam, ketika ‘Op Paradise’  di kawasan perairan Kg. Wakuba, dedah Komander Pasukan Polis Marin Sabah (PPM) – ACP Mohammad Madom.

“Mereka menaiki bot kumpit dari pelabuhan Tawau untuk balik ke Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohammad memberitahu bahawa juragan bot itu gagal menunjukkan permit polis untuk berada di kawasan perintah berkurung pada waktu dan tempat berkenaan.

Perintah berkurung berkuatkuasa sehingga 17 April di kawasan itu mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan jarak tiga batu nautika kawasan pantai Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran.

 564 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.