Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gadis Dusun Keningau Finalist miss ambassador 2016

0

(Sambungan mengenai cerita Gadis Dusun)

ANAK keempat daripada lima orang adik beradik – Albiana Nini Albert, 20, mempunyai sebab tertentu kenapa beliau berminat sebagai seorang pendidik.albiana nini albert

“Seorang pendidik boleh membina manusia,” begitu jawapannya kepada Borneo Digest.nini - 2

Gadis Dusun dari Kg. Tuhan Baru Keningau itu optimis bahawa ilmu merupakan kuasa yang tidak ada tolak bandingnya.

Katanya, dunia mampu digenggam jika manusia memiliki ilmu yang semaksimanya.

Dengan merujuk pencipta laman sesawang Facebook  Mark Zuckerberg, pelajar  Sidma College dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu berkata, Mark mengawal dunia hanya dengan sentuhan jari.albiana albert

“Ini adalah diantara contoh kuasa ilmu dan hasrat murni saya ialah ingin melihat bangsa Dusun mampu mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan oleh komuniti dunia,” katanya.

Gadis yang gemar dengan makanan tradisional seperti bosou, tuhau, dan bambangan itu turut meminati bidang fesyen serta membaca buku-buku ilimiah pada waktu lapangnya.

Albiana merupakan Top Finalist of Miss Sabah Ambassador 2016 untuk mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 10 April ini. Nantikan gambar terbaru gadis Dusun ini yang akan dimuat turun melalui media sosial dalam tempoh terdekat.

 

 1,025 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.