Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gadis penghantar makanan raih pendapatan RM1000 seminggu

0

eksklusif

PRINSIPNYA sangat mudah, ‘rezeki tidak salah alamat kepada mereka yang gigih dan rajin’.

“Sebab itu saya memilih pekerajaan penghantar makanan kerana bidang itu menjanjikan pendapatan lumayan jika gigih dan rajin,” Dedah Nurhanizah Simon, 18, kepada The Borneo Digest.

 Berasal dari Kg. Kauran Keningau (Sabah, Malaysia), Nurhanizah menyertai syarikat penghantar makanan Foodpanda secara sepenuh masa di bandar Keningau sejak tujuh bulan yang lalu.

Katanya, keputusan menyertai bidang yang sinonim dimonopoli oleh kaum lelaki itu disebabkan kesukaran mencari pekerajaan sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Tambahan lagi saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .. syarikat mana yang menawarkan pekerajaan kepada saya dan berapa gaji untuk kelulusan itu,” Jelasnya dan mengakui memperolehi pendapatan sebanyak  RM1,000 seminggu.

Nurhanizah bekerja 12 jam sehari tanpa mengeluh dan menunaikan setiap amanah pelanggan dengan jujur sekalipun merempuh cuaca yang buruk.

“Saya boleh lakukan kerja lasak yang sebelum ini hanya kaum lelaki yang mampu lakukan, sebab itu tidak ada perbezaan jentina ketika mencari rezeki,” tambahnya.

Anak bungsu daripada lima beradik itu berkongsi pengalaman bahawa bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda sangat menyoronokkan kerana beliau berkesempatan berjumpa ramai orang daripada pelbagai taraf dan status di bandar kecil pedalaman Sabah itu.

Mengenai kisah awalnya bekerja sebagai penghantar makanan, gadis yang bercita-cita ingin menceburi bidang perniagaan penternakan itu memberitahu, beliau hanya memiliki  RM150 sebagai modal permulaan selain memiliki sebuah motosikal sendiri.

“Modal wajib itu (RM150) digunakan untuk membeli  kotak makanan dan baju seragam,” Jelasnya dan mengakui pendapatan yang diperolehi sebagai penghantar makanan benar-benar lumayan.

The Borneo Digest mengucapkan syabas kepada Nurhanizah dan mengharapkan ia menjadi contoh kepada kaumnya yang lain. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.