Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tambahan Inspection Trolley (IT) bantu penduduk Rayoh dan Pangi — Datuk Robert

0

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) supaya menambah bilangan Inspection Trolley (IT) bagi mengangkut hasil pertanian penduduk Rayoh dan Pangi.

“Saya mahu kemudahan ini (IT) ini ditambah untuk untuk memberi kemudahan kepada penduduk,” Katanya kepada media dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Robert turut mengarahkan Syarikat Suria Capital Engineering Services, pengendali projek pembinaan landasan itu supaya membantu mengangkut hasil pertanian penduduk sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebagaimana yang diminta oleh penduduk kedua-dua kampung itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor itu yang melakukan lawatan ke km135 dan km130, lokasi landasan yang terjejas teruk memberitahu bahawa beliau sangat berpuas hati dengan tindakan JKNS dalam menangani kesulitan yang dihadapi oleh penduduk yang terjejas.

“Langkah pembaikan segera untuk membolehkan perkhidmatan itu pulih adalah keutamaan kita,” Katanya.

Beliau turut meminta pihak berkuasa di daerah Tenom khususnya Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya sentiasa bekerjasama dan membantu JKNS bagi memastikan kerja-kerja pembaikan tebing yang runtuh dapat disiapkan dengan secepat mungkin.

 421 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.