Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Galak anak jadi transgender itu gila! – Putin

0

NEGARA Barat dilihat semakin ‘gila’ dan melampau apabila golongan kanak-kanak diajar mengubah jantina mengikut kehendak mereka tanpa berpegang kepada lumrah hakiki.

Naratif songsang itu menerima kecaman Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyifatkannya sebagai perkara paling ‘mengerikan’ di benua Eropah, lapor Daily Mail.

Tegas Putin, perkara itu merupakan satu jenayah kemanusiaan yang berselindung di sebalik nama dan warna bendera pelangi yang menjadi simbolik gerakan LGBT di seluruh dunia.

Usaha itu dilihat mahu meluaskan pengaruh LGBT kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mula mempelajari untuk menjadi transgender.

“Ia adalah idea yang sangat teruk apabila kanak-kanak di Barat diajar supaya lelaki boleh menjadi perempuan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Kelab Perbincangan Antarabangsa Valdai di Sochi.

Putin sering berdepan kritikan oleh komuniti LGBT di Rusia apabila perkahwinan sesama jenis dan ‘propaganda gay’ dilarang keras di negara itu.

Menurut Putin, perkara itu hanya mengundang risiko besar merosakkan kehidupan generasi kanak-kanak pada masa depan.

“Ia adalah peristiwa paling mengerikan apabila kanak-kanak diajar sejak kecil bahawa lelaki boleh mengubah jantina perempuan dengan begitu mudah.

“Golongan itu dipaksa untuk percaya bahawa mereka mempunyai pilihan sekiranya ibu bapa menentang dan kanak-kanak dipaksa membuat keputusan yang boleh menghancurkan hidup mereka,” tegasnya.

Putin berkata, tiada mana-mana individu termasuk pakar psikologi yang akan membenarkan kanak-kanak membuat keputusan sedemikian rupa.

LGBT adalah akronim merujuk kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Dalam perkembangan sama di Jepun, tinjauan mendapati sokongan membantu golongan minoriti seksual serta membenarkan dua nama keluarga dalam perkahwinan semakin meningkat dalam kalangan calon Parti Liberal Demokrat (LDP).

Tinjauan itu dilakukan oleh akhbar The Asahi Shimbun yang diketuai oleh Pakar Sains Politik, Universiti Tokyo, Prof. Masaki Taniguchi.

Kerajaan tempatan dan kumpulan orang awam dilaporkan mendesak kerajaan supaya mempromosikan hak LGBT termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Tinjauan itu turut meminta pendapat calon pilihan raya sama ada akan membenarkan perkahwinan sesama jenis untuk didaftarkan menggunakan nama keluarga berbeza.

 

 144 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.