Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

GB Monsok Tengah Mahu Murid Sentiasa Cipta Kecemerlangan

0

TAMBUNAN (Sabah, Malaysia): “Cipta kecemerlangan,” Inilah harapan tinggi Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Monsok Tengah, Lasius Francis Eging kepada lepasan murid Tahun 6 yang akan menyambung persekolahan mereka ke Tingkatan 1 pada Mac ini.

Murid-murid SK Monsok Tengah mengabadikan gambar kenangan bersama guru-guru mereka

“Anda mampu untuk melakukan,” Katanya ketika berucap di Majlis Apresiasi sekolah itu di sini baru-baru ini.

Lasius berkata, murid-murid di sekolah itu telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada sepanjang tempoh di situ, yang antaranya mencipta rekod baharu acara blpan 4 X 100m sekaligus meletakkan sekolah itu ditangga Naib Johan paada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah baru-baru ini.

Selain sukan, murid-murid sekolah itu juga menyertai banyak pertandingan Ko-Akademik, seperti English Camp, Chess, Bercerita dan banyak lagi.

Katanya, kejayaan-kejayaan itu diraih dengan semengat kental murid-murid yang sentiasa menjadikan kecemerlangan sebagai capian terbaik, selain kombinasi ibubapa dan guru-guru yang cukup baik sebagai penyumbang kepada kejayaan murid-murid di situ.

Guru Besar itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya murid, ibubapa dan guru yang sentiasa berganding tangan dalam setiap tugasan yang dilakukan.

“Saya sangat bangga dengan anda,” Tambahnya.

Majlis itu turut dihadiri oleh  Ketua Sektor Pentaksiran dan Pepereksaan serta Pengarah Kolej Komuniti Tmbunan  Rodney Samuil selaku ketua sektor pentaksiran dan peperiksaan dan En Jominin bin Goropos.

 

 806 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.