Kerajaan harus berani dan kreatif atasi kemelut harga getah Sabah
Harga getah di Sabah jauh tidak munasabah berbanding harga ikan basung RM10 sekilogram, meletakkan pendapatan pekebun kecil getah di negeri ini diparas miskin tegar.
Oleh DG HENRY
SUDAH sampai waktunya kerajaan bertindak berani bagaimana untuk melepaskan diri daripada kergantungan kuasa luar bagi menangani kemelut harga getah yang semakin merundum.
Banyak kaedah dan cara, tetapi kita tidak ada keberanian untuk melakukan.
Penggunaan teknologi Bitumen Sekerap Terubahsuai (CMB) dalam pembinaan jalanraya sebagai umpamanya boleh diterokai
Thailand menjadi negara contoh apabila mereka meningkatkan penggunaan getah tempatan untuk pembinaan jalan raya dengan tujuan sama, iaitu membantu pekebun kecil getah bagi menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.
Campuran getah dalam bitumen, iaitu CMB dapat meningkatkan kualiti dan prestasi keseluruhan bitumen melalui ciri kelikatan serta keelastikannya. Penggunaan CMB bersama agregat bagi menghasilkan CMA dapat meningkatkan ketahanan dari segi rintangan keretakan permukaan jalan raya, penuaan dan rintangan gelincir yang baik di samping mengurangkan bunyi bising pada turapan jalan berkenaan.
Peningkatan ketahanan jalan raya juga secara langsung dapat mengurangkan kos penyenggaraan kepada negara dalam jangka masa panjang.
Eksport getah asli Malaysia pada Februari 2021 berjumlah 54,632 tan metrik berbanding 48,125 tan metrik pada Januari 2021.
China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli menyumbang 40.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Februari 2021 diikuti Belgium (12.6 peratus), Jerman (8.4 peratus), Finland (3.9 peratus) dan Amerika Syarikat (2.7 peratus),” katanya.
Malaysia pada tahun 2021 umpamanya mencatatkan jumlah eksport getah asli sebanyak 45,827 tan metrik dengan China kekal sebagai destinasi utama eksport.
Kagunaan getah asli menerbitkan pelbagai produk hiliran yang akhirnya negara-negara Asia merupakan pengguna utama.
Sabah sebagai penyumbang terbesar getah di Malaysia perlu meyedari kelebihan, justeru keberanian untuk mencergaskan aktiviti hiliran dengan menerbitkan produk kobolehpasaran domestik dan eksport seperti mana yang dilakukan di negara-negara pengeluar getah utama seperti Thailand.
Berbekalkan sumbar sedia ada, kita optimis Sabah jauh lebih mampu untuk melakukan pemarkasaan daya saing, menghasilkan produk inovatif, kompetitif yang berorientasikan pasaran global.
Industri getah di negeri bawah bayu cukup dinamik dan progresif, dan ini adalah asas penting cadangan ini.
Kerajaan perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kemampuannya bagi menjamin hasil produk memenuhi cita rasa, keperluan dan permintaan pengguna sama ada di pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Dalam usaha menjadikan Sabah lebih ke hadapan, keberanian perlu dilakukan pada ketika negeri ini masih berpaut kepada produk luar negara dalam pelbagai keperluan.
Industri sarung tangan, tayar, tiub, keperluan peralatan perubatan, dan berbagai item getah asli mampu dilakukan di Sabah yang boleh menyumbang kepada pendapatan negeri.
Menurut mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (2022), produk getah Malaysia kini dieksport ke 189 negara di seluruh dunia dengan kadar eksport meningkat sebanyak 50.6 peratus daripada RM40.1 bilion pada 2020 kepada RM61.7 bilion pada 2021.
Harga terkini getah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah pada 16 Febuari 2023 seperti berikut.
Susu Getah tanpa insentif RM5.87 / Getah kepingan tidak diasap tanpa insentif RM2.50 / Kentalan Gred 1 – RM 2.38 sen dan Gred II – RM1.98
Harga tersebut meletakkan pekebun kecil berada digaris miskin tegar.
Justeru kerajaan Sabah perlu menaikkan harga lantai Insentif Pengeluarag Getah (IPG) kepada RM3.50 sen sebagaimana yang dicadangkan terdahulu.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada awal 2023 memberitahu, bajet 2023 memperuntukkan RM16.35 juta kepada LIGS bagi pembangunan subsektor komoditi getah.
Kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM69,058,400 membabitkan 86,323 pekebun kecil di Sabah.
“Bantuan diberikan sebelum ini dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 setiap penerima dan LIGS akan membantu mengagihkan BMT serta bantuan ini,” Hajiji dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Pengumuman ini sangat menarik, namun ia masih tidak dapat menyelesaikan kemelut harga getah selagi mana penetapan harga lantai tidak dapat dilaksana.
Untuk rekod Malaysia antara tiga pengeluar utama getah bersama Thailand dan Indonesia.
International Tripartite Rub- ber Council (ITRC) memberitahu pada April hingga Julai 2019 (sekarang 2023) bahawa kerjasama tiga negara pengeluar getah utama telah bersetuju mengurangkan eksport getah asli sebanyak 240,000 tan bertujuan meningkatkan harga komoditi itu.
Di Malaysia (merangkumi Sabah) terdapat lebih 450,000 pekebun kecil getah. Mengikut perangkaan Lembaga Getah Malaysia (LGM), pada 2020 sejumlah 1 juta hektar diusahakan pekebun kecil di negara ini.
Harga getah di Sabah jauh tidak munasabah berbanding harga ikan basung RM10 sekilogram, meletakkan pendapatan pekebun kecil getah di negeri ini diparas miskin tegar.
Fikir-fikirkan.