MANILA: Gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter menggegarkan selatan Filipina, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berlaku beberapa kilometer dari bandar Maragusan di wilayah pergunungan Davao de Oro di Mindanao dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tentang gegaran susulan serta kemungkinan kerosakan.
Gempa tidak dalam lazimnya menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa dalam, tetapi tiada laporan mengenai kerosakan teruk setakat ini.
Pegawai pejabat bencana Maragusan memberitahu AFP, pihak berkuasa sedang memeriksa aduan mengenai tanah runtuh di lebuh raya negara.
“Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan lain ataupun kematian namun sedang memeriksa kawasan perkampungan di sekitar bandar.
“Gegaran berlaku selama kira-kira 30 saat diikuti gegaran susulan yang cukup kuat untuk mencetuskan ketakutan,” katanya.-AFP
131 total views, 1 views today