Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

‘Giant killer Tenom’ sertai Warisan

0

TENOM (Sabah, Malaysia): Datuk Kadoh Agundong yang terkenal dengan nama julukan ‘gian killer’ kerana kejayaan besarnya untuk menumbangkan Ketua Menteri Sabah keenam, Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri) dalam satu pertandingan sengit pada pilihan raya 1985 menyertai parti Warisan.

Keputusan Kadoh untuk parti Warisan, disifatkan oleh ramai aktivis politik sebagai  tamparan hebat kepada blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Borang kemasukan ahlinya diserahkan kepada Naib Presiden parti Warisan Datuk Peter Anthony dalam satu majlis Santai Krismas 2019 di Pusat Daerah Mengundi Pamilaan pada Sabtu (21 Disember 2019).

Kadoh yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap dan bekas Ahli Parlimen Padas sebelum ini pernah menggalas jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada 1 April 1985 sebaik era  Parti Bersatu Sabah (PBS) mengambil alih tampuk kerajaan negeri Sabah.

Kadoh turut diseneraikan dalam anggota cabinet kerajaan PBS pada penggal seterusnya dengan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah.

“Saya melihat dalam tempoh hampir dua tahun ini Warisan melaksanakan tanggungjawab dengan  baik kepada rakyat dan saya yakin kerajaan hari ini akan dapat membela nasib rakyat dalam tempoh jangka panjang,” kata bekas Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu.

Turut mengumumkan menyertai Warisan pada majlis itu adalah bekas Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Blasius Masunig.

Sementara itu, Peter berkata kerajaan Sabah hari ini sangat mengalu-alukan penyertaan pemimpin berpengalaman seperti Kadoh untuk bersama-sama membangunkan Sabah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.