Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sabah Harmoni dalam kepelbagaian bangsa — Dr. Daud

0

PAPAR (Sabah, Malaysia): Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof berkata, kelebihan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah ialah mereka menghormati semua perayaan yag dianuti tanpa sebarang perasangka.

DR. DAUD YUSOF

Katanya, kelebihan itu merupakan tolak ansur yang tinggi dimiliki oleh segenap rakyat yang menjadikan mereka hidup dalam suasana muhibbah dan harmoni.

“Ini lah nilai yang sering kali saya tekankan kepada seluruh rakyat di kawasan (Bongawan), dan hari ini ia menjadi satu budaya yang begitu sempurna,” Katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa gereja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan sempena sambutan Hari Krismas 2019 di sini.

Daud berkata, tunggak perpaduan rakyat di negeri ini lah mereka saling menghormati dan menerima antara satu dalam kepelbagaian etnik, anutan agama, kepercayaan serta fahaman politik.

“Kita di Sabah saling utus mengutus ucapan setiap kali sambutan perayaan tiba dan ia adalah budaya yang telah diamalkan sejak sekian lamanya,” Katanya.

Daud mengajak rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Bongawan supaya memastikan budaya murni itu diperkasakan sebagai tonggak perpaduan.

Sempena sambutan perayaan krismas tahun ini, Daud mengajak rakyat di daerah itu supaya mengambil peluang untuk menziarahi rakan-rakan serta keluarga yang menyambut perayaan itu bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim diantara mereka.

Daud yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bongawan serta seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyatnya yang beragam Keristian di kawasan itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.