Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hadkan diesel: 2000 Petani Transpegalan kecewa

0

Oleh EKOK AMIN

KETIKA negara bangga dengan penemuan varieti benih padi spesialiti, hasil kacukan MRQ 89 dan MRQ 50 yang dikenali sebagai Maria oleh MARDI, pesawah Transpegalan di Keningau Sabah kecewa selepas berhakter sawah gagal diusahakan pada tahun ini disebabkan kemelut minyak pembajak yang dihadkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

GARIUS PUKIN Ketua Blok Padi Ambual

“Hanya 40 ekar daripada 148 ekar sawah berjaya dibajak,” Ketua Blok Padi Ambual Garius Pukin memberitahu The Borneo Digest.

Optimis bahawa penduduk akan berhadapan dengan krisis bekalan beras pada tahun hadapan, Garius berkata, berita malang itu berpunca daripada kelemahan kerajaan mengklifikasikan syarat kegunaan bahan bakar diesel.

“Kerajaan melalui kementeriannya KPDNKK hanya membenarkan pengambilan 100 liter diesel sehari,”.

“Isu di sini ialah KPDNKK setarakan pengguna tanpa mengambil kira kegunaan jentera khususnya yang terlibat dalam kerja pembajakan,”.

“Kami hanya dibenarkan membeli 100 liter sehari, sedangkan keperluan bahan bakar diesel untuk membajak 148 ekar melebihi daripada jumlah itu,”

“Jentera pembajak hanya berlegar di kawasan sawah dan ia tidak seperti kenderaan pengangkutan awam,” Jelasnya.

Garius mahu Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah untuk campurtangan bagi menangani masalah yang sedang dihadapi oleh pesawah-pesawah di Transpegalan.

Untuk rekod jadual mengusahakan sawah di Transpegalan bermula pada 1 Julai 2022 dan berakhir pada 30 Julai 2022.

Malangnya tambah Garius, seluas 108 ekar lagi gagal diusahakan selepas tempoh musim yang disebabkan jentera tidak dapat beroperasi kerana masalah bahan bakar diesel.

“Sekurang-kurangnya 2000 keluarga pesawah terkesan dengan masalah ini,” Katanya dan menambah KPDNKK perlu turun padang untuk menilai kegunaan bahan bakar tersebut.

Menyindir kerajaan, Ketua Blok Padi Ambual itu berkata, kerajaan lebih banyak untuk memperkatakan survival politik mereka berbanding memastikan kebajikan rakyat terjamin.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.